Sunday, February 3, 2008

Bunga Kemboja



Bunga kemboja atau nama saintifiknya frangipani atau plumeria selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang-jarang ditanam di halaman-halaman rumah. Saiz pokok ini besar. Warna bunganya putih kekuning-kuningan dan saiznya kira-kira 8 cm. Namun kini pokok ini menjadi pujaan penggemar-penggemar bunga setelah mengalami proses kacukan. Kini spesies ini menghasilkan pelbagai warna yang menarik dengan pokoknya yang kecil dan boleh ditanam di dalam pasu. Gambar ini telah diambil secara close up dan diedit dengan photoshop

No comments: